Sememangnya hatiku senang kerana sudah mendapat apa yang dihajati~ tiket pulang ke kampung dan sepasang kurung baru untuk majlis perkahwinan abang. walaupun ibu bertegas supaya pakai sahaja baju yang sudah ada, yang ku kira hampir memenuhi almari di rumah itu namun aku degil. sejumlah wang yang ku rasa agak banyak melayang petang tadi untuk sepasang kurung baru. tidak mengapalah, bukannya selalu. lagipun dengan adanya kurung baru itu hatiku senang.
Namun kini kegembiraan hampir menjauh. kerisauan datang mengetuk pintu hati saat aku membuka page ELS Buddies. menurut Nas, Dr Nurul berpesan supaya buat yang terbaik untuk kertas beliau 3hb Mei nanti. tidak lupa juga berpesan supaya mengarang sebanyak 2 setengah hingga 3 helai muka untuk satu-satu soalan. jadi aku perlu mengarang hampir 12 mukasurat untuk kertas beliau nanti.
Aku cemas lalu mencapai telefon di tepi bantal. ku cari nama kakak di senarai contact lantas mendail. kata kakak, usahlah risau. kerisauan berterusan takkan memberiku A, sebaliknya capailah buku sekarang. ulangkaji mana yang patut. bertahanlah 5 hari sahaja lagi di bumi Penang. Aku tarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan, menahan sebak di dada mendengar pesanan si kakak. ku pejam mata seketika dengan harapan kerisauan akan pergi bersama angin lalu....
wahai jam cepatlah berputar. hatiku meronta mahu pulang ke pangkuan keluarga T___T

No comments:
Post a Comment