Usai solat Isyak, aku mencapai heater kepunyaan roommate dan memanaskan air. Sambil menghirup susu panas cap Fernleaf yang menjadi pilihan aku dan keluarga sejak aku kecik lagi, otak aku ligat berfikir. kenapa roommate aku senang sangat tidur sedangkan aku sangat-sangat susah? dia baru je letak kepala masa aku nak solat tadi, siap solat tu aku tengok la dia kejap kot-kot ada nyamuk nak gigit dia ke ape kan ( ok tipu kat sini mana ada nyamuk. hehe saje nak tunjuk aku caring. lol ) dah nyenyak rupenye! hishhh malam ni tewas lagi! aku tak pernah boleh tidur awal dari dia! T__T
Takde ape nak update sebab weekend ni memang aku tak pegi mana-mana. aku dah berazam dah nak save. kalau sem-sem lepas kan, minggu pertama je aku dah spent RM400-500. untuk orang yg loaded mungkin jumlah tu biase je kan tapi bagi aku macam "gila btol la". macam la nak stay kat sini 2 minggu je. 4 bulan ayin. 4 bulan. remember that! sebab tu la sem ni aku rasa aku lebih matured sikit dalam pengurusan wang and want to start spending wisely. ececeyy.. biar syaitan tu kalah dan nangis2 sebab aku dah boleh kawal nafsu. lagipun aku memang jarang call Abah and mintak bankin duit sebab aku rasa tindakan tu zalim. heee baik kan aku? lol :D
Ari khamis lepas, lepas kelas aku bergegas pegi ofis sebab nak print slip pendaftaran sem ni dan nak tambah paper sebab paper Semantics tu tak boleh nak daftar by online. Sekali Pn Asmah kerani tu cakap ok awak kena denda sebab ari ni dah tak boleh add or drop paper. 1 paper denda RM50 yer. Kata Pn Asmah sambil senyum. Dalam hati aku cakap ape la malang nasib ari ni...aku baru je nak berjimat.
Pn Asmah : isi borang ni dan jumpa Dekan yer..
Aku : Aik nak add paper kena jumpa Dekan ke? (takut wey nak mengadap beliau. hehe)
Pn Asmah : yela.. dia je yg boleh luluskan...
Aku : Aik nak add paper kena jumpa Dekan ke? (takut wey nak mengadap beliau. hehe)
Pn Asmah : yela.. dia je yg boleh luluskan...
lepas ketuk pintu bilik Dekan dan bagi salam, aku masuk. (aku lupa aku langkah masuk kaki kanan ke kaki kiri dulu)
Dekan : ada ape?
Aku : saya nak tambah paper. (sambil serahkan borang tadi)
Dekan : kenapa lambat? kan dah kena denda ni.
Aku : Alaa tak bayar tak boleh ke? (spontan pulak keluar soalan bodoh tu..)
Dekan : emmmm (sambil tengok2 borang tadi) ..tengok ni kod paper pun awak tak tulis. (mungkin dia ingat aku lupa kod paper tu)
Aku : eh yeke? meh saya tulis. (dengan yakin aku tulis, Semantics HET 311)
Masa tu aku tengok Dekan senyum. dalam hati dia cakap mesti aku ni student yg bagus sebab awal2 sem dah ingat kod paper. hehe. dia pn sign borang tu dan potong perkataan "didenda".
Aku : so saya kena denda ke tak? (soalan bodoh lagi!)
Dekan : tak nampak ke saya potong perkataan didenda tadi?
Aku : (sengih2 mcm kerang busuk) :D
*Aku masuk bilik Dekan dengan kaki kanan la kot sebab tu Allah selamatkan RM50 aku. lol
tapi kawan-kawan aku cakap aku kenyit mata kat Dekan sebab tu dia tak jadi nak denda. haha!
oklah susu pun dah habis. time to sleep~~ Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment