Thursday, April 19, 2012

demam laa


Hmmmm dah dekat seminggu ni demam. ape celop ni. malam je sejuk beku habis badan. siang ok sikit. makan ubat dozen-dozen pun tak jadi ape. degil sangat ni. kat umah aritu keje aku nangis jela sebab tak tahan sangat. kat sini kontrol macho la sikit. heee.


semalam gi klinik lagi. doc (lelaki) selak tudung pastu pegang-pegang leher, #hukhuk# xpe, niat beliau suci. heee. pastu cakap kat assistant dia dalam bahasa medic. aku tak paham. nak tanya sogan. kalau Ma ada takpe jugak. doc macam tau-tau je aku sakit-sakit leher. sebab aku rasa demam ni bukan demam biasa la. tak lama lepas tu, doc tanya, your friends or family ada sakit-sakit ke? aku geleng. tak tahu or takde? err takde pulak doc. pastu doc suruh ngangaaa luas-luas. Dia suruh assistant dia tengok mulut aku pastu dorang cakap-cakap lagi. you see, you see. kata doc kepada assistant dia. ape bende pun aku taktahu, aku macam innocent pulak sebab senyap je dok terkebil-kebil. yang aku paham doc cakap, it's okay, if it's happened, then it's good for you la. aku : ??



doc bagi ubat kumur, ubat demam macam biasa la. tak lupa MC sebab aku terponteng kelas hari rabu. heee tak larat nak bangun. tadi ok sikit badan, ku gagahkan diri bangun sebab ada test. test pulak susahnya sangat-sangat. kepala plak pening. dah kerusi dalam kelas plak meja dia belah kanan kan. alaaa kerusi meja dalam dewan kuliah tu laa. aku dah la kidal. lenguh la tangan sebab takde meja dok tampung tangan ni. saboo jele. sape suruh aku kidal.


mungkin sebab cuaca panas kot tu yang demam. anda yang terbaca coretan ni heheee sila la jaga diri baik-baik. bila sakit rindu la time sihat. jom nyanyi lagu Raihan sikit.


Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati...


aku dah ok sikit ni sebab tu boleh menaip ni. malam esok la kalau demam lagi pun. tapi mintak jauh la. penat la demam. penat tahu! tapi orang kata sakit itu kifarah dosa kan.. :) Allah sayang kita bila Allah uji kita.. so ingat jangan bersuka-ria sangat, bersederhana sudaa.


ok selamat malam.


No comments:

Post a Comment