Thursday, November 25, 2010

berakhirnya semester 3

Assalamulaikum..

xde benda pon nak cerita sebenarnye sekadar update untuk mengisi masa lapang. masa lapang?? yes. sebab exam is over. semester is over. no more grammar and phonology books for a month. unfortunately, only a month. T____T .. buku2 pon aku dah sedekah kat tong sampah. kejam.

so bermula esok 26/11/2010 hinggalah 26/12/2010 saya mewakili pelajar2 USM mengumumkan >> cuti semester dah pon bermulaaaaa.. yayyyy!!
yang sedihnye 26/12/2010 tu befday saya. sempat x nak celebrate kat umah? huhu

meh nak cite pengalaman kemas barang masuk dalam stor tadi. nasib baik la barang-barang saya yang empat ekor tu agak ringan. tapi merah-merah jugakla tangan lepas angkat kotak-kotak dan bagasi-bagasi tuu. kan bagus kalau stor bukak tiap-tiap aras ? kesian la kat aku yang dok tingkat 9 ni nak turun tingkat paling bawah. mujurla ade lif. dan troli. bayar rm4 je untuk simpan barang-barang tu. kaya la restu sebab beratus-ratus student simpan brg. semoga xde barang yang hilang.


aktiviti cuti sem kali ni ?
emm makan tido makan tido . yang tu wajib la kan. haha xdela mungkin akan jadi driver kakak saya. hantar dia kat tempat buat lesen. cuti sem yang lepas dia tak lulus masa jpj test moto. kereta lulus pulak. nasib nasib.
dan saya akan buat rawatan tradisional untuk menghilangkan parut jerawat. almaklumla kulit sensitif macam aku ni makan itu naik jerawat. makan ini naik jerawat. huh kecewa. adik laki saya muka dia licin berkilat-kilat lepas buat treatment tu. dah la murah. berbaloi baloi. sounds interesting rite? hehe sebab tu laa my mom bising-bising suruh saya cuba. xsabar nak tulis entry pasal tu. hihi :p


* * * * *

sebelum terlupa.
E_N, saya tau awak bace ni. saya nak ucapkan berjuta-juta terima kasih sebab awak concern kat saya. sebab awak selalu post entry pasal saya. saya TERHARUUU sangat. saya hargai perasaan awak tu. niat suci murni awak tu. tapi saya nak ingatkan awak, saya sudah ada yang punya. cis perasan. -.- xdela saya risau awak ingat saya bagi harapan kat awak. sedangkan saya nak kita jadi kawan je. saya selesa berkawan dengan awak...and please keep writing. saya suka baca entry-entry awak. :) selamat menempuhi peperiksaan. do ur best!!

sampai sini dululah. cuti ni mungkin akan ada story-story menarik. nanti boleh la kongsi-kongsi kat sini. walaupon mungkin xde orang baca. T____T

esok bas pukol 9 pagi. doakan saya selamat sampai Kelantan.


ok. babai. good nite. salam.




4 comments:

  1. ayiennnn..
    pe rawatan tradisional tuhhh
    nk taw jugak =p

    ReplyDelete
  2. hepi oliday!!!!



    ;D



    btw...

    visit n do folo me yeah?

    http://owlkieranaa.blogspot.com/

    tq~

    ReplyDelete