Aku Masih Dara.
Baru siap tengok cerita tersebut.
Mak aih cite melayu ke ni? Tahap keseksian pelakon wanita adalah 4.99 star.
Pengarah rasa hebat sangat la tu buat cerita macam ni? Mungkin memang niat pengarah nak memberi kesedaran kepada penonton. Tapi ce tengok pelakon tu sendiri. Lepas berlakon dalam filem ni, adalah mereka bertudung? Memakai pakaian sopan? Tidak. Jadi trick pengarah untuk mengaut keuntungan menerusi babak-babak panas dan pakaian menjolok mata pelakon wanita memang menjadi. Macam pelacur sorang-sorang saya tengok. Malu dengan diri sendiri. -.-
***
Wahai wanita perhiasan dunia.. jagalah peribadi, jagalah akhlak.. sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah. Wanita yang tahu menjaga batas-batas agama, menjaga pergaulan, menjaga aurat. Menjaga hati. Menjaga pandangan. Menjaga tutur kata. Ya Allah Engkau masukkanlah kami ke dalam golongan-golongan tersebut. Ingatkanlah apa-apa yang kami lupa. Sedarkan kami ketika kami lalai Ya Allah. Sungguh ujianmu berat. Persiapkanlah kami Ya Allah. Dunia ni hanya sementara...
Tiba-tiba rasa sayu je. Menyesal dengan diri yang kadang-kadang terlalai.
Sahabatku,
perempuan apabila mereka sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia pintu syurga mana sahaja yg dikehendakinya.
dan wanita yg solehah(baik) itu lebih baik drp 1000 lelaki yg soleh.
Wahai lelaki,
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.
Pesanan untuk rakan-rakan dan diri sendiri khususnya. Terima Kasih Ya Allah Engkau selalu melindungiku........dan Alhamdulillah, Aku Masih Dara. :)
No comments:
Post a Comment