Monday, December 5, 2011
Hobi dan Fesbi
Hobi aku pada waktu senggang bukanlah tukar profile picture di fb, memelihara kura-kura mahupun mengumpul setem. aku lebih suka browsing tru the nets mencari inf0-info berguna untuk kegunaan harian dan masa depan.. semua orang pun ada hobi yang sama aku rasa. tapi aku ni suka sangat menghabiskan masa berjam-jam browsing benda yang tah pape. khususnya fb.. maksud aku bila aku on9 aku akan spend time berjam-jam sampai lupa makan, minum dan study. ini siriyes! kata wonderpet dan agak bahaya.
Makanya setelah kata sepakat dicapai, aku telah memutuskan untuk deactivate account facebook sekaligus memutuskan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan fb. sob sob. oh jangan risau ini hanya sementara. Selesai saja berjuang, aku akan active kembali. lagipun produk skin care aku hanya dijual di fb, makanya aku terpaksa on9 balik tak lama lagi. Ahh leceh!
Hobi sebenar aku sejak azali tak lain tak bukan tentunya membaca novel cinta. kalau dulu masa sekolah rendah, aku suka baca kisah-kisah penyiasatan. Masih ku ingat lagi ada satu siri penyiasatan yang aku suka sangat baca, tajuk dia dah lupa. tapi nama penyiasat kegemaran aku, Salma, Zarina dan Mei Ling kalau tak silap, memang aku suka sangat sebab mereka tu perempuan yang bijak menyelesaikan kes-kes. aku pun bajet nak jadi penyiasat la masa tu. hikhik. Setelah menjejakkan kaki ke sekolah menengah, minat berubah kepada novel cinta. yang tak tahan tu aku tak penah plak beli novel. sume kakak aku punye. Adakah aku kedekut?
Sebenarnya aku terkilan sebab tak berkesempatan lagi nak tengok filem Ombak Rindu. banyak kali kot aku khatam novel tu. Kekangan masa, kerja dan pakaian kotor yang bertimbun menghalang niat suciku. hehe. Alaah download je nanti! kata roommateku. Tak sabarnya nak balik hari Rabu nanti. Slide powerpoint untuk present minggu depan aku dah siapkan semalam. tinggal assignments lagi la yang tak siap. 3 lagii!! mati laa..
#hidup tanpa FB sangat sunyi. Aku tak dapat stalk perempuan-perempuan cantik. *normalkah aku?*. Aku tak boleh nak browse page Best Quotes yang aku suka sangat tu! Aku tak tau isu semasa. Aku tak dapat nak like2 status orang lagi. Aku juga mungkin ketinggalan update2 dari lecturer aku!
Ahh persetankan FB! Jom study rajin-rajin untuk masa depan. <-- ayat sama je sejak sem 1. -.-'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment