Assalamualaikum..
Adik bongsu aku nama dia Nur Fatihah Insyirah. kitorang kakak-kakak abang-abang panggil dia Syirah tapi oleh sebab lidah pelat Syirah ni, Syirah telah bertukar jadi Yaya..yaya memang manja sangat-sangat. sebab dia bongsu haruslah manja kan. lepas sekian lama tak update blog, hari ni rasa terpanggil-panggil untuk update cite sal yaya. sebab aku rindu gila-gila kat yaya! sebab masih nampak-nampak lagi muka yaya lambai tangan masa hantar aku naik bas ari tu. umo yaya dah 4 tahun. tiap kali aku balik kg cuti sem ke cuti mid sem ke, akan ada peningkatan ke atas diri yaya ni.. contohnya akan ada perkataan baru yang yaya pandai sebut, rambut makin panjang, makin tinggi, dah pandai mintak itu ini.. banyak lagi la.. yang penting yaya memang buah hati semua orang.
bukan setakat family aku je, bahkan jiran-jiran pun senang dengan yaya ni. kawan-kawan aku ngan kawan-kawan kakak aku pon sayang kat yaya ni..sebab dia comel kot. sume orang geram kat dia. dia pandai bawak diri. tak mudah nangis. sayangnyaaa aku kat yaya. even ex aku pon, cik apis sayang sangat kat yaya. dia anggap yaya macam anak dia. gila ke ape. haha. yaya pon bahlol gak, siap panggil cik apis 'Papa' lagi. haha sama-sama bahlol dua orang tu.
sejak yaya makin besar ni, dia dah pandai mintak itu ini ngan aku. kadang-kadang mintak aku belikan tudung, baju, seluar jeans, ( woi kecik-kecik pon dah pandai mintak seluar jeans tu !)..aku pon selaku kakak yang mithali memang akan beli kan yaya something dari penang ni tiap-tiap kali cuti. slalu aku beli baju jelah. seluar-seluar jeans tu xpenah agi. malas nk ajar dia pakai jeans. ma ngan abah aku dulu tak bagi kitorang pakai jeans. sebab sebut je perkataan jeans, dalam kepala mesti keluar perkataan "ketat".. ape la ma ngan abah aku ni. haha. aku adik badik tak pakai jeans ketat-ketat. kalau terrrketat cikit pon baju mesti labuh la. :)
ok ok back to yaya. ma aku cakap kan, mata yaya sama ngan mata aku. bangga jap hehe sebab mata yaya besarrr. adik badik aku yang lain mata sepet sume. macam cina sekor2. ntah la ikot blah mana, tapi ma aku ada darah Siam, mungkin kakak2 aku dapat tempias mata datuk aku. eh orang Siam mata sepet ke? yang pastinya mata aku tak sepet sangat laa, sebab aku ikot blah abah. sampai kawan aku si Ayu cakap dia boleh tertukar muka aku ngan muka abah aku. haha agak-agak la Ayu! tapi aku bersyukur sangat-sangat Ma ngan Abah aku ni body lawa-lawa, so anak-anak dia pon xde masalah la bab-bab saiz badan ni. seingat aku dalam family aku xde lagi yang gemok.. yaya nanti besar esok-esok ikot kakak ek.. slim melim. haha
Yaya ni kan, pakai pampers agi. selalu kalau aku balik umah, aku akan cakap :
aku : Yaya kan dah besar, dah la pakai pampers. sian abah beli pampers mahal-mahal..
yaya : yaya kecik agi nih ! ( sambil tunjuk-tunjuk badan dia kat aku)
dia memang pandai menjawab !
kalau Yaya mintak ape-ape ngan kitorang kan. kalu kitorang xbagi dia akan ugut.
"kang yaya tak sayang kang"
kitorang pon kena mengalah la..
pastu selalu lepas dia mandi pakai bedak wangi-wangi, dia akan cakap :
yaya : tak cayang agi kakak ari ni !
aku : ololo, meh meh cayang kakak nih..
kalu yaya cium, siap ada lagi bunyi mmuuaahh2 lagi tauuu..kecik-kecik dah pandai..
masa cuti raya cina ari tu, aku bawak yaya potong rambut. dulu masa yaya kecik sikit, umo dia dalam 2 tahun lebih, dia takut nak potong rambut kat kedai sebab takut tengok tokey salun pakai mask, pegang-pegang gunting agi.. dalam ati yaya mesti ingat nak kne operate ape nih siap pakai mask-mask agi.. haha tapi skang dah besar dah, dah pandai sikit. siap semangat agi nak potong rambut.
tiap kali aku nak balik penang, yaya hantar gak aku kat stesen bas. dia nangis-nangis nak ikot aku. huhu part tu aku paling tak tahan. sedih gilaaa. tapi lama-lama ok la. dan aku memang jarang col rumah, aku tak boleh dengar suara sape-sape kat umah, jadi sebak trus. tambah-tambah dengar suara yaya, "kakak dk mana tu?" huhu sedih sedih..
kesimpulannya, aku nak anak aku esok-esok macam yaya ni. :)
banyak sangat gambar yaya dalam lappy aku..ni aku ada letak beberapa keping buat tatapan pembaca. heheh

setahun lebih kot. lupa dah
manis sangat senyum.
skang ni nak g mana mana cibok cari tudung.
gambar 4 5 ari lepas. masa cuti CNY
No comments:
Post a Comment